Friday 16 September 2011

Majlis Persandingan

Setelah selesainya Majlis Akad Nikah, kini tibalah masanya untuk meraikan Majlis Persandingan yang akan diadakan di Ballroom Hotel Equotorial, Melaka pada keesokkan harinya iaitu 4 September 2011. Seawal 10 pg, kami sudah pun berada di ballroom hotel tersebut untuk membuat rehearsal dan tamat sekitar 12 tengahari. Selepas semuanya keletihan, masing-masing check-in di bilik yang telah di book seawal 2 minggu sebelum majlis.

Aturcara majlis :

7.30 mlm              : Ketibaan Tetamu
7.45 mlm              : Ketibaan VIP
8.00 mlm              : Ketibaan VVIP
8.30 mlm              : Ketibaan Pengantin diiringi sword barrel
                            : Perarakan ke pentas utama beserta Selawat ke atas Nabi
8.45 mlm              : Upacara Merenjis oleh tetamu-tetamu VVIP
9.00 mlm              : Majlis makan malam
9.45 mlm              : Ucapan oleh bapa pengantin
9.55 mlm              : Upacara memotong kek
10.15 mlm            : Majlis Tamat

 Keluargaku dan keluarga baruku..Love u all


 Bersiap di bilik hotel 

Kek dari Hotel EQ

Upacara yang dinanti-nanti. Laluan di bawah pedang 

Bersama Timbalan Menteri Pertahanan


 My Photographer and Videographer


 Ucapan dari Dato Awie (abah)

Upacara bersalaman mengakhiri majlis


 Kenangan bersama Keluarga Ayah Chik

Majlis Akad Nikah

Tanggal 3 September 2011, tibalah hari yang dinanti-nanti. Majlis Akad Nikah. Rombongan lelaki tiba seawal 10.30 pg. Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar sepanjang Majlis Akad Nikah. Tetamu dan keluarga pihak lelaki menyangkakan yang Tok Kadi akan menikahkan kami, tapi rupanya abahku sendiri yang menjalankan tugas tersebut. Tidak menjadi kejutan kepada kami kerana sebelum ini pun abahlah yang menikahkan anak-anak perempuannya. So, inilah antara photo-photo yang diambil sewaktu majlis tersebut..

 Sesi soal jawab bersama Tok Kadi (curi-curi posing)


 Upacara membatalkan air sembahyang


 Ciuman kasih seorang suami...


 Family baruku
( Dari Kiri : Papa, Eda, Kakak, Ayu, Mama, Tura, Pia, Abah, MaNuel, Ajan dan Aliff) 


 Posing istimewa dari pengantin


 Bersama abah tercinta
Syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T. kerana dengan keizinanNya, Majlis Akad Nikah ini berjalan dengan lancar dan sempurnya. Alhamdulillah...

 

Thursday 1 September 2011

What a busy day!

Tinggal dua hari sahaja lagi for the BIG DAY! Jadi baby sitter kepada anak-anak kakak (Farouq, Farid, Faris) sebab pagi-pagi lagi mereka (abah,  mama, kakak dan adik) dah keluar pergi ke bandar Melaka. Menjemput di area Sg. Udang, then sewa baju kakak sebagai pengapit di butik Jestina and beli goodies for sword barrel.

Then, kemaskan rumah, mandikan anak-anak kakak, sediakan sarapan untuk mereka, cooked for lunch dan kemas bilik pengantin. Around 4pm, barulah mereka pulang dan celebrate birthday Faris, anak kakak yang ke-3 yang jatuh pada 31 Ogos. Anak Merdeka! Petang, kemas keliling rumah, sapu daun-daun kering  dan sampah sarap. Sebelah malam, sambung berinai dan for dinner we decide to tapau satay Merlimau. Yummy!