Friday 16 September 2011

Majlis Akad Nikah

Tanggal 3 September 2011, tibalah hari yang dinanti-nanti. Majlis Akad Nikah. Rombongan lelaki tiba seawal 10.30 pg. Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar sepanjang Majlis Akad Nikah. Tetamu dan keluarga pihak lelaki menyangkakan yang Tok Kadi akan menikahkan kami, tapi rupanya abahku sendiri yang menjalankan tugas tersebut. Tidak menjadi kejutan kepada kami kerana sebelum ini pun abahlah yang menikahkan anak-anak perempuannya. So, inilah antara photo-photo yang diambil sewaktu majlis tersebut..

 Sesi soal jawab bersama Tok Kadi (curi-curi posing)


 Upacara membatalkan air sembahyang


 Ciuman kasih seorang suami...


 Family baruku
( Dari Kiri : Papa, Eda, Kakak, Ayu, Mama, Tura, Pia, Abah, MaNuel, Ajan dan Aliff) 


 Posing istimewa dari pengantin


 Bersama abah tercinta
Syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T. kerana dengan keizinanNya, Majlis Akad Nikah ini berjalan dengan lancar dan sempurnya. Alhamdulillah...

 

No comments:

Post a Comment