Tuesday 30 August 2011

Letih tapi seronok

Fuhhh!! What a day! Hari raya pertama adalah yang paling bermakna antara hari-hari raya yang lain. Bangun pagi, kemas rumah dan siapkan sarapan untuk mama, abah dan nenek sebelum pergi sembahyang di masjid. Selepas pulang dari masjid, kami bermaaf-maafaan sesama keluarga, then, kami semua menziarahi pusara Walaupun hujan renyai, ia tidak menghalang kami untuk menyedekahkan Surah Yaasin kepada kaum keluarga dan sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah. Balik dari masjid, rumah kami terus diserbu oleh sanak saudara hinggalah ke petang. Menjelang maghrib, barulah kami boleh menarik nafas lega...

Walaupun agak penat, tapi amat menyeronokkan! Sesungguhnya raya tahun ini sangat bermakna seperti raya-raya sebelum ini. Syukur alhamdulillah..dan yang paling best sekali, dah besar panjang pun masih dapat duit raya dari abah. Thank you dad.

Esok pagi kami bercadang untuk beraya di rumah sanak dan saudara! Time to rest..

 Emy Mariaty, Maria Dayana & Damirul Diana




Bersalaman bersama nenek, mama dan abah tersayang di pagi raya

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Syukur alhamdilillah, berakhirlah bulan Ramadhan untuk tahun ini, 2011 dan menjelanglah Syawal. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. Semoga kita masih berkesempatan lagi untuk merasai Syawal yang seterusnya. Insyaallah..

Hari ini hari yang kurang bernasib baik buat aku kerana mengalami 'period pain' yang agak teruk dan demam panas. Tak dapat nak tolong mama dan adik di dapur. Layan tidur je sampai pukul 4.30ptg. Syukur mereka memahami. So, ini adalah antara resepi untuk menyambut hari raya esok:

1. Ketupat anyam / nasi empit
2. Rendang daging
3. Kari ayam
4. Sup tulang
5. Lontong

Rumah pun dah kemas, lauk pauk pun dah masak..last job is, iron baju raya!!! Selamat Hari Raya. 









Saturday 27 August 2011

Akhirnya..

Assalamualaikum.
Hi, I'm Jojo a new blogger. Walaupun dah lama sebenarnya mendengar tentang kuwujudan laman blog ini, baru kini terdetik untuk mencipta lama blog sendiri. Suddenly berkobar-kobar nak buat blog ni sebab tinggal lagi 7 hari untuk melangkah ke alam baru iaitu alam berumah tangga. Cerita Kisah Hidupku akan memaparkan tentang kehidupanku sebelum beberapa hari lagi menjadi Raja Sehari dan selepas menjadi seorang isteri.

Alhamdulillah, segala persiapan untuk majlis perkahwinan hampir 99% selesai. Tapi macam biasalah. Hati ni tak akan tenang selagi majlis tak selesai. Ini adalah antara aturcara majlis yang akan berlangsung :

MELAKA
3 September 2011   -  11.00pg                        -  Majlis Akad Nikah
                                   12.00tghari - 4.00ptg    -  Jamuan Makan

4 September 2011   -    8.00mlm  - Majlis makan malam di Hotel Eqoutorial

TERENGGANU
10 September 2011 -  12.00tghari - 4.00ptg    - Jamuan makan.

Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Majlis Perkahwinan kami ini akan berjalan dengan sempurna. Insyaallah...