Tuesday 30 August 2011

Letih tapi seronok

Fuhhh!! What a day! Hari raya pertama adalah yang paling bermakna antara hari-hari raya yang lain. Bangun pagi, kemas rumah dan siapkan sarapan untuk mama, abah dan nenek sebelum pergi sembahyang di masjid. Selepas pulang dari masjid, kami bermaaf-maafaan sesama keluarga, then, kami semua menziarahi pusara Walaupun hujan renyai, ia tidak menghalang kami untuk menyedekahkan Surah Yaasin kepada kaum keluarga dan sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah. Balik dari masjid, rumah kami terus diserbu oleh sanak saudara hinggalah ke petang. Menjelang maghrib, barulah kami boleh menarik nafas lega...

Walaupun agak penat, tapi amat menyeronokkan! Sesungguhnya raya tahun ini sangat bermakna seperti raya-raya sebelum ini. Syukur alhamdulillah..dan yang paling best sekali, dah besar panjang pun masih dapat duit raya dari abah. Thank you dad.

Esok pagi kami bercadang untuk beraya di rumah sanak dan saudara! Time to rest..

 Emy Mariaty, Maria Dayana & Damirul Diana




Bersalaman bersama nenek, mama dan abah tersayang di pagi raya

No comments:

Post a Comment